Rabu, 24 Mac 2010

Selebar mana luas perkhidmatan dapat digunakan..

Jalur lebar jadi ungkapan popular selepas NBI
KUALA LUMPUR 23 Mac - "Jalur lebar" bakal menjadi ungkapan popular di kalangan rakyat Malaysia apabila Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dilaksanakan sepenuhnya.

Menerusi slogan nama "Jalur Lebar Untuk Semua", Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), yang menerajui inisiatif berani itu, akan memastikan semua rakyat Malaysia, sama ada di pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman, mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.

Pada taklimat khas untuk para editor Bernama mengenai Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan baru-baru ini, Pengerusi MCMC Tan Sri Khalid Ramli berkata, NBI bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berpengetahuan dan melangkah ke ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Sumber Utusan Online


Persoalannya ialah sejauh mana perkhidmatan jalur lebar ini dapat diekses dan adakah berbaloi dengan bayaran bulanan yang dikenakan......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan