Rabu, 24 Mac 2010

KONpiRASi........

Tawaran lumayan kaitkan PM, isteri dengan kes Altantuya



KUALA LUMPUR 24 Mac -Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Bharu) membuat pendedahan yang beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini, beliau mendedahkan yang dirinya ditugaskan untuk mendapatkan pengakuan bersumpah daripada

Perdana Menteri dan isterinya.

Zulkifli juga memberitahu yang beliau turut diminta membuat pengakuan bersumpah supaya membabitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan tersebut.

Lebih mengejutkan, arahan itu menurutnya, disertakan dengan tawaran yang lumayan hingga mampu `menggoncangkan iman'. - Utusan

Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk memenuhi kepentingan dan nafsu...........Pendedahan ini cukup membuktikan bahawa ada konpirasi pihak tertentu untuk mengucar-kacirkan negara..........PENGKHIANAT ini harus dibenteras.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan