Jumaat, 20 Mac 2009

Jadual Perlawanan Champions League



QUARTER-FINALS: Ties to be played April 7/8 & 14/15


Villarreal v Arsenal


Manchester United v FC Porto


Liverpool v Chelsea


Barcelona v Bayern Munich


SEMI-FINALS: Ties to be played April 28/29 and May 5/6


Manchester United or FC Porto v Villarreal or Arsenal


Barcelona or Bayern Munich v Liverpool or Chelsea



Sama sama kita saksikan perlawanan pasukan pilihan kita......Mari kita lihat siapa yang kenaa!!!!!!!

Durian Runtuh !!!!!!

RM15 juta naik taraf jalan

LUBOK ANTU 19 Mac - Sebanyak RM15 juta telah diperuntukkan kerajaan bagi kerja-kerja menaik taraf dan membina beberapa batang jalan raya bagi keselesaan rakyat di Lubok Antu.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf jalan di kawasan Skim Penempatan Semula Fasa II Batang Ai yang sedang giat dilaksanakan.
Menurutnya, sejumlah RM4 juta diperuntukkan bagi pembinaan jalan raya yang bakal menghubungkan Pekan Lubok Antu hingga ke kawasan Nanga Bulo manakala RM1 juta lagi untuk pembinaan jalan raya dari kawasan pekan hingga kawasan Wong Pandak.
''Manakala baki RM5 juta lagi akan digunakan bagi membina jalan raya yang menghubungkan kawasan Nanga Kesit, Batang Lemanak, Spaya (kawasan Engkari) dan Bilararap (kawasan Ulu Lemanak)," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyampaian bantuan wang ehsan kepada pemilik enjin sangkut di Stadium Mini, Kompleks Sukan Lubok Antu di sini.
Turut hadir ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr. James Jemut Masing, Setiausaha Agung Barisan Nasional Sarawak, Dr. Stephen Rundi Utom, calon PRS pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Malcom Mussen Lamoh dan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyallau Badak.
Jabu berkata, beliau berharap wakil rakyat Barisan Nasional di kawasan Lubok Antu dapat meneruskan pelaksanaan pelan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan di kawasan terbabit secara berterusan.
Katanya, kerajaan BN mahu penduduk di kawasan Lubok Antu terus menikmati pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan menerusi wakil rakyat mereka.

Sumber dari Utusan Online

RESEPI untuk hari ini.....Cubalah...





Bahan-bahan ( 30 keping )

PASTRY
200g butter
80g gula aising
360g superfine flour
1biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
FILLING :
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanila
pewarna kuning
Cara-cara
Pukul butter dan gula sampai kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit.
Masukkan tepung sampai jadi doh.
Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Ambil iktibar mengenai isu LIMBANG!

Baru baru ini Brunei Darussalam telah menggugurkan tuntutan mereka terhadap Limbang...
Menteri Luar Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, persoalan mengenai kedudukan Limbang boleh dianggap selesai apabila pertukaran surat-surat perjanjian antara Brunei Darussalam dan Malaysia berkaitan sempadan negara dimuktamadkan.

Ini ternyata bahawa permuafkatan antara semua pihak adalah kunci utama dalam menyelesaikan segala masalah... sebaliknya bukan menimbulkan KEKACAUAN dan HURU HARA....... seperti yang banyak dilakukan oleh sesetengah pihak(Sendiri tahu siapa mereka..)....

Mereka mencanangkan pembaharuan untuk rakyat tetapi sebaliknya memberikan penderitaan dan kesengsaraan.......mereka semua talah menghakis keamanan dan keharmonian dalam negara..JANGAN SESEKALI KITA PERCAYA DAN TERPADAYA OLEH PIHAK INI.

Jumaat, 13 Mac 2009

Pencapaian SPM

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.
Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).
Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM.

Kita harus bangga dengan pencapaian anak-anak kita semua ini walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan.