Khamis, 25 Mac 2010

Adakah anda tahu bila.......?

Taib umum rombakan Kabinet Sarawak


2010/03/25
KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan rombakan kecil Kabinet Sarawak yang menyaksikan kenaikan pangkat seorang menteri muda dan dua pelantikan baru, yang akan berkuatkuasa 2 April ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah, dinaikkan menjadi Menteri di Pejabat Ketua Menteri, yang akan menjaga bidang pendidikan, latihan dan pembangunan wanita.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawa, Tan Joo Phoi, dilantik sebagai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, yang akan membantu Ketua Menteri dalam isu alam sekitar. Manakala Datuk Amar Adenan Satem, yang pernah menjadi Menteri di peringkat Pusat dan negeri, kembali semula dengan dilantik sebagai Penasihat Khas Ketua Menteri, jawatan yang berstatus Menteri, dengan bidang tanggungjawab di bidang penerangan dan penyiaran.

Sumber dari Berita Harian Online.


Kenapa berlaku rombakan kabinet sedangkan ramai yang sibuk bercakap tentang pilihanraya negeri.............?
Kebarangkalian....

1.Pilihanraya negeri masih jauh lagi.....

2.Yang banyak bercakap ialah kebanyakannya ahli-ahli politik peringkat atasan sedangkan kebanyakan masyarakat bawahan dan akar umbi masih senyap sahaja.......

3.Yang banyak menggembar-gembur tarikh pilihanraya negeri ialah yang berminat untuk menjadi calon.......


Yang manakah anda rasa jawapan yang sesuai.....sama-samalah kita fikirkan untuk kebaikan dan pembangunan negeri Sarawak yang tercinta ini berterusan......Masa depan anak cucu harus kita jaga agar tidak diabaikan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan