Jumaat, 17 Julai 2009

Tambang naik lagi..!!!!

Kerajaan hari ini mengumumkan kadar tambang baru bagi pengangkutan awam di seluruh negara yang menyaksikan kenaikan untuk kesemua jenis kategori perkhidmatan.

Kadar baru bagi semua kelas lesen merangkumi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini, bas pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa itu bakal berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kali terakhir tambang pengangkutan awam disemak ialah pada Mei 2005, manakala bagi bas sekolah pula pada April 2006.

Kadar tambang baru yang diumumkan itu merupakan had kadar maksimum (siling) dan pengusaha pengangkutan awam dibenar untuk mengenakan tambang lebih rendah daripada kadar tambang yang ditetapkan.

Bagaimanapun, tambang bas ekspres dan bas berhenti-henti yang mengalami kenaikan kira-kira 30 peratus boleh dirasionalisasikan dengan kadar tambang tambahan semasa (surcaj).

Oleh itu, ia bukan merupakan kenaikan baru apabila berkuat kuasa 1 Ogos ini kerana surcaj itu dimansuhkan dengan pengenalan tambang baru itu.

TAMBANG NAIK, PENGGUNA PULAK TAK SUKA.....KALAU TAK NAIK,PENGUSAHA PENGANGKUTAN AWAM PULAK YANG MERANA......DITELAN MATI ANAK,DIBUANG MATI BAPAK,DI TELAN PAHIT,DI BUANG SAYANG...APA KATA ANDA SEMUA..???

Khamis, 16 Julai 2009

Kenali ISLAM

Israj & Mikraj

ISRAK dan Mikraj satu peristiwa paling agung yang berlaku di bulan Rejab, setahun sebelum penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Umat Islam wajip mempercayai dengan penuh keyakinan peristiwa itu.

Peristiwa bersejarah itu diabadikan dalam al-Quran mengandungi hikmah amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad s.a.w.

Ia peristiwa sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian panca indera biasa manusia, namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah.

Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

“Maha suci Allah yang membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah hingga ke Masjid Aqsa di Palestin yang diberkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jugalah yang amat mengetahuinya.” (Maksud surah al-Isra':1)

Tetapi bagaimana bagi mereka yang sangsi atau tidak mempercayainya langsung, malah menganggap ia satu kisah dogeng, seperti golongan yang kufur dengan nikmat Allah?

“Jadi, Allah boleh melakukan apa saja yang Dia kehendaki. Perjalanan Nabi melalui peristiwa itu juga bukan atas kehendak nabi tetapi dengan kehendak Allah SWT,” .

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w dan kejadian aneh bermula sebelum melalui perjalanan Israk dan Mikraj lagi.

Baginda mengalami pembedahan dada, hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah), kemudian dijahit kembali dadanya dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah.”

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan 'Israk' dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Tiba di tempat tertentu Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat, seperti di Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Afrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan memakan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) Baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul, termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya.

Baginda juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam, yang kemudiannya dipendekkkan kepada lima waktu saja.

Bagi yang mengerti, katanya, kebenaran peristiwa itu tidak perlu dipersoalkan kerana maksud Maha Suci Allah seperti pada ayat 1 surah al-Isra' menunjukkan kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Dia yang menjalankan dengan kehendak-Nya, maksudnya Allah yang menjalankan dengan kehendak Allah.

“Sebab itu ada ayat dalam al-Quran yang bermaksud Maha Suci Allah iaitu merujuk kepada kekuasaan Allah.

“Supaya Allah perlihatkan tanda-tanda kebesaranNya, benda-benda zaman dulu tidak boleh lihat, tetapi Nabi boleh lihat, termasuk dengan roh Nabi.

“Batu di Masjidil Aqsa juga terangkat kerana hendak mengikut bersama Rasulullah s.a.w ke langit disebabkan sayang dan tidak hendak berpisah dengan Nabi. Itu adalah tanda kebenaran yang sangat jelas.

“Sesiapa saja boleh ke Baitul Maqdis melihat batu terbabit yang masih boleh dilihat dengan jelas hari ini,”.

Semoga kita semua mendapat ilmu yang berguna untuk dunia dan akhirat...AMIN!!!

Bonus tetap sektor awam

Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang

KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan

Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

Tuntutan lain ialah:

Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.

Sumber dari Berita Harian Online

UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMUA...SENTIASA TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN.............
PASTI BERBALOI-BALOI HASILNYA....

PAS salahkan pengundi MUDA..!!!

Kalau dapat undi banyak....pengundi buat pilihan yang betul!!!

Kalau undi kurang...pengundi yang bersalah kerana percaya dengan janji manis semasa kempen!!!

Inilah PAS yang sentiasa tidak mahu mengaku kesilapan sendiri.Apa yang berlaku, semuanya salah orang.Salah sendiri langsung tidak di lihat.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN."Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya(Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.)

Apa salahnya para pengundi percaya dengan janji manis semasa pilihanraya.BN telah menjanjikan banyak kemudahan dan kemajuan jika menang pilihanraya tersebut.

Apa pula janji PAS? Undi PAS Masuk SYURGA!!!! Siapalah Nik Aziz @ Tok Guru yang boleh menentukan kelayakan umat manusia untuk masuk Syurga.Kalau ikut acuan PAS ini maka banyaklah penghuni di NERAKA Kelak.....Inilah ISLAM yang diperjuangkan oleh PAS yang telah jauh terpelesong dari ajaran sebenar....hanya untuk kepentingan politik.

SELEPAS INI SIAPA PULAK YANG MENJADI MANGSA PAS UNTUK DIPERSALAHKAN....

Rabu, 15 Julai 2009

Pas"kekal" di Manek Urai...Tapi BN menang Undi dan Hati Rakyat!!!

Pas masih kekal sebagai wakil di Manek Urai.Walaupun begitu Pas boleh dikatakan TIDAK MENANG pilihanraya kecil tersebut.Pada hakikatnya kerusi DUN N.41 tersebut adalah milik mereka.

"Pas cuma mempertahankan kerusi yang mereka sandang"

Yang pasti ialah BN telah menang undi dan hati pengundi kawasan Manek Urai.Kita boleh lihat dengan majoriti yang tipis ini membuktikan rakyat Kelantan mahukan perubahan di kawasan mereka.

Rakyat Kelantan kini sedar siapa yang sebenarnya mampu meningkatkan taraf hidup dan memberi kemajuan di negeri tersebut.

Keputusan pilihanraya kecil ini adalah bukti jelas UMNO dan BN masih kukuh dan releven untuk semua pihak.

Selasa, 14 Julai 2009

Apabila Rakyat dianggap sebagai SAMPAH!!!!!!!




Idris Yusof, 55, kesal apabila melihat tanah miliknya seluas 0.8 hektar di Sungai Sabai, Kuala Kalumpang didakwa digunakan tanpa kebenaran oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) sebagai tapak pembuangan sampah.

Tanah yang dahulunya subur kini dipenuhi dengan sampah yang menghasilkan bau busuk dan hanyir. Bukan itu sahaja, Sungai Sabai dan Sungai Kerling yang terletak berhampiran tanah berkenaan turut tercemar ekoran air sampah yang terhasil mengalir ke dalam alirannya.

Beliau adalah salah seorang daripada tujuh pemilik tanah di situ yang bakal menuntut ganti rugi sebanyak RM1.708 juta terhadap MDHS atas dakwaan kecuaian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjadikan tanah mereka sebagai tapak pelupusan sampah.

Sumber dari Utusan Online

Inilah yang berlaku apabila pihak yang sedang berkuasa menganggap rakyat sebagai alat permainan mereka.Inilah hasil yang daripada sebuah pemerintahan yang tidak cekap dan masih mentah.

"Semasa kempen macam-macam yang dijanjikan....TAPI.....setelah berkuasa.....SAMPAH yang mereka berikan kepada PENGUNDI MEREKA!!!!.....ADAKAH INI BERBALOI..?"
Untuk anak SARAWAK...sedarlah bahawa pembangkang hanya menipu anda semua......JANGAN JADIKAN BUMI SARAWAK SEBAGAI LAUTAN SAMPAH.

Isnin, 13 Julai 2009

Inilah dikatakan 1Malaysia....



Inilah dikatakan 1 Malaysia...berat sama di pikul..ringan sama di jinjing...susah senang di rasa bersama.Semangat gotong-royong masih kuat dia amalkan oleh masyarakat kampung sememangnya satu tanda perpaduan rakyat di Malaysia.

Sikap sebegini amat jarang berlaku di bandar-bandar besar...ini yang menyebabkan berlakunya perpecahan dan perbalahan antara satu sama lain.

Wawasan dan Konsep 1 Malaysia....merupakan asas terbaik untuk kita mengembalikan kegemilangan dan perpaduan semua Rakyat Malaysia.

Mi kolok.......Menu Utama Rakyat Sarawak


KUCHING 12 Julai - Mi kolok sigek! Ungkapan sedemikian kebiasaannya akan kita dengar sekiranya mengunjungi gerai- gerai dan kedai makan di sekitar bandar raya ini.

Sarawak yang terkenal dengan keunikan masyarakat yang mempunyai pelbagai adat dan kebudayaan juga kaya dengan pilihan makanan tempatan yang enak dan pelbagai.

Jika lapar, anda hanya perlu bertanya kepada mana-mana penduduk tempatan di mana anda boleh merasa makanan wajib Sarawak yang terkenal sehingga ke tanah Semenanjung.
Antara yang paling terkenal adalah mi kolok. Rasa unik dan cara penyediaannya yang ringkas membuatkan penggemar makanan itu tidak pernah jemu untuk menikmatinya.

Hampir semua gerai makanan di negeri ini ada menjual mi kolok dan tidak salah kalau dikatakan ia hanya terdapat di Sarawak.

Di sini, mi kolok dimakan untuk hidangan sarapan, makan tengah hari, makan malam ataupun makan lewat malam.

Mi kolok sentiasa digemari tidak kira waktu, bagaimanapun ia lebih popular dimakan sebagai sarapan pagi.

Sumber dari Utusan Online

Kakitangan awam jauhi rasuah

KUCHING 12 Julai - Kakitangan perkhidmatan awam di negeri ini diminta supaya mengambil inisiatif dan memberi sepenuh komitmen untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan segera.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, kelewatan akibat sikap mengambil mudah, berlengah dan menangguhkan kerja akan memberi peluang kepada pegawai yang tidak jujur untuk melakukan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

Beliau berkata, setiap ketua jabatan dan pemimpin di Sarawak juga perlu memastikan tidak berlaku kepincangan di dalam agensi masing-masing yang boleh mengundang kepada amalan rasuah.

''Sehubungan itu, kita mestilah mengekalkan faktor-faktor keutuhan untuk dijadikan benteng dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Penutupan Karnival Anti Rasuah Sarawak 2009 bertempat di Padang Merdeka di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengarah SPRM Sarawak, Shamsiah Abu Bakar.

Abdul Taib memberitahu, usaha pembanterasan rasuah akan lebih berkesan sekiranya ditangani secara menyeluruh, bersepadu dan terancang serta merangkumi aspek-aspek penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan masyarakat.

Namun katanya, usaha itu tidak akan berkesan tanpa sokongan dan kerjasama daripada setiap lapisan masyarakat yang menjadi benteng kepada penghapusan gejala rasuah di negeri ini.

''Kesan buruk jenayah rasuah bukan sahaja akan merosakkan pelakunya sahaja malah akan meruntuhkan negara itu sendiri," tegas beliau.

Sumber dari Utusan Online

PAS tidak perlukan orang yang berpendidikan tinggi di Manek Urai...???

Dunia kini semakin canggih dan maju....TAPI PAS TIDAK MEMERLUKAN ORANG YANG BERPENDIDIKAN TINGGI......Macam mana nak memajukan kawasan kalau tidak ada pengatahuan dan pendidikan yang secukupnya....

Pas seolah-olah memperlekehkan dan memperbodohkan pengundi dan rakyat Kelantan kerana meletakkan calon yang tidak mempunyai pendidikan tinggi.

Macam mana nak memajukan kawasan Manek Urai? Apa perancangan untuk kawasan Manek Urai? Langsung tiada wawasan dari pihak PAS untuk memajukan kawasan mereka...o;eh sebab itulah negeri Kelantan tidak ada kemajuan pesat...apa yang ada adalah projek dari kerajaan persekutuan..."ITU PUN MEREKA MENGAKU KERAJAAN NEGERI YANG BUAT".

Hanya pengundi yang layak menentukan siapa yang harus menjadi wakil mereka.....

Orang Kata "AMAN"...tapi kita sendiri yang Tidak Aman

Peserta asing puji Malaysia Aman

NILAI 12 Julai – Rakyat asing yang menyertai Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia atau Ijtimak 2009 yang berakhir hari ini gembira dan bersyukur perhimpunan itu berlangsung dengan jayanya.

Rata-rata mereka yang ditemui memuji keadaan negara yang aman, sekali gus membolehkan amal ibadat disempurnakan dalam suasana selesa dan tenang di sini.

Salah seorang jemaah yang ditemui, Mohamad Ibrahim, 60, dari Hebron, Palestin, gembira berada di negara yang aman damai dan dapat menunaikan amal ibadat tanpa ada sekatan.

“Saya gembira berada di sini, kami dapat menemui rakan-rakan daripada pelbagai negara bagi mengikuti program ijtimak.

“Saya berdoa agar Allah SWT memberi rahmat kepada negara ini agar sentiasa aman dan dilindungi setiap masa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Ghani Naghorghani, 47, dari Myanmar juga gembira berada di negara yang membangun dan aman dengan rakyat pelbagai kaum.

‘‘Pembangunan di negara ini cukup membanggakan, walaupun terdapat perbezaan kaum ia tidak menghalang kami untuk melakukan aktiviti seperti ini.

Sumber dari Utusan Online....

Orang luar cukup bangga dengan negara kita Malaysia yang aman makmuk.....tapi kita sendiri tidak bersyukur dengan kenikmatan yang dikecapi....selalu sahaja menimbulkan pelbagai masalah dan sentiasa mencetuskan suasana huru-hara.

KPI Nasional

PM umum perincian KPI Nasional akhir bulan ini


KUALA LUMPUR 12 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional yang akan diumumkan hujung bulan ini akan melibatkan perincian mengikut bidang serta tarikh pencapaian sasaran.

Menurutnya, pengumuman itu yang akan dibuat selepas perjumpaannya dengan pegawai-pegawai kerajaan melibatkan tahap sasaran pencapaian yang dapat diterima semua pihak dan tidak terlalu tinggi sehingga tidak realistik.

''Perincian ini misalnya, kita kini berada dalam kedudukan nombor ke-40 dari segi indeks integriti global, maka mungkin kita akan letakkan sasaran untuk tingkatkan kedudukan ke tangga 30 atau 35 dalam tempoh setahun atau dua tahun.

''Dengan perincian ini seluruh tenaga kekuatan kita akan lebih terarah khususnya dalam mencapai enam bidang keberhasilan utama nasional (KRA) yang telah diumum. Contohnya, mencegah jenayah kita akan letak berapa peratus kurang dan jangka waktu berapa lama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual eksklusif sempena 100 hari pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 di sini malam ini.

Selepas pengumuman perincian itu, kata Najib, kerajaan akan mewujudkan satu mekanisme di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi memantau pelaksanaan KPI Nasional.

Katanya, keberkesanan KPI itu bukan sahaja bakal dinilai oleh pihak kerajaan malah beliau juga akan menyerahkan kepada rakyat untuk memberi maklum balas.

''KPI Nasional ini akan memberi tekanan kepada semua anggota pentadbiran kerajaan untuk melakukan yang terbaik supaya rakyat tidak lagi melihat gagasan 1Malaysia sebagai sesuatu yang retorik semata-mata,'' jelasnya.

Sumber dari Utusan Online

Kerajaan Rakyat Yang sebenar

PM umum 11 berita gembira

11/07/2009 12:24pm
KUALA LUMPUR 11 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 berita gembira untuk rakyat Malaysia sempena 100 hari pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.
11 perkara tersebut ialah:-

1. Kadar tol diberi diskaun 20 peratus untuk pengguna yang berulang alik ke tempat kerja menggunakan lebuh raya bertol.
2. 44,000 rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan akan dijual kepada penyewanya.
3. Diskaun 50 peratus untuk pembaharuan lesen peniaga kecil di Wilayah Persekutuan.
4. Lesen untuk pemandu teksi, 7,000 permit teksi individu dan 3,000 lagi akan diluluskan dalam tempoh tiga bulan akan datang
5. Langkah drastik kurangkan jenayah dan perangi rasuah.
6. Pendaftaran kelahiran dipermudahkan terutama di Sabah dan Sarawak.
7. 34,000 permohonan kewarganegaraan 46 peratus selesai dan bakinya hujung tahun ini
8. Kemudahan jalan dipertingkatkan di Sabah dan Sarawak.
9. Bekalan air Sabah dan Sarawak diperluaskan.
10. Amanah Saham 1Malaysia dengan 10 bilion unit ditawarkan.
11. Peruntukan untuk Tekun ditambah RM150 juta dan RM15 juta untuk usahawan muda kaum India.

Sumber dari Utusan Online


Apa lagi kalau semua ini untuk rakyat Malaysia....inilah dinamakan Kerajaan Rakyat untuk Rakyat.....bukan hanya cakap-cakap sahaja tapi kini Pm menunaikan janji beliau...sejajar dengan Wawasan PM Datuk Seri najib Tun Razak.......1 Malaysia......Rakyat Didahulukan...Pencapaian Diutamakan....