Isnin, 13 Julai 2009

Mi kolok.......Menu Utama Rakyat Sarawak


KUCHING 12 Julai - Mi kolok sigek! Ungkapan sedemikian kebiasaannya akan kita dengar sekiranya mengunjungi gerai- gerai dan kedai makan di sekitar bandar raya ini.

Sarawak yang terkenal dengan keunikan masyarakat yang mempunyai pelbagai adat dan kebudayaan juga kaya dengan pilihan makanan tempatan yang enak dan pelbagai.

Jika lapar, anda hanya perlu bertanya kepada mana-mana penduduk tempatan di mana anda boleh merasa makanan wajib Sarawak yang terkenal sehingga ke tanah Semenanjung.
Antara yang paling terkenal adalah mi kolok. Rasa unik dan cara penyediaannya yang ringkas membuatkan penggemar makanan itu tidak pernah jemu untuk menikmatinya.

Hampir semua gerai makanan di negeri ini ada menjual mi kolok dan tidak salah kalau dikatakan ia hanya terdapat di Sarawak.

Di sini, mi kolok dimakan untuk hidangan sarapan, makan tengah hari, makan malam ataupun makan lewat malam.

Mi kolok sentiasa digemari tidak kira waktu, bagaimanapun ia lebih popular dimakan sebagai sarapan pagi.

Sumber dari Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan