Khamis, 16 Julai 2009

Bonus tetap sektor awam

Cuepacs syor kadar faedah pinjaman perumahan dikurang

KUALA LUMPUR: Majlis Kongres Cuepacs meluluskan cadangan menuntut kerajaan membayar bonus tetap setiap tahun dengan menggabungkan elemen imbuhan itu dalam skim perkhidmatan kakitangan awam.

Ini adalah antara beberapa tuntutan baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai sebahagian daripada kajian semula syarat perkhidmatan penjawat awam.

Pada masa ini, bonus diberi mengikut budi bicara kerajaan

Satu lagi perubahan besar yang dituntut Cuepacs ialah berhubung pengiraan pencen.

Cuepacs mencadangkan supaya formula pencen sekarang yang dibuat berdasarkan gaji pokok terakhir, ditukar dengan memasukkan semua elaun.

Ini bermakna apabila pengiraan pencen dibuat, semua elaun perumahan, kos hidup, makanan, perjalanan, pemandu, kesusahan dan keraian juga perlu dimasukkan kepada gaji pokok terakhir.

Tuntutan lain ialah:

Cuti tahun bagi menjaga anak yang sakit dengan tempohnya bergantung kepada tempoh keuzuran itu.
Bayaran balik bagi implan gigi dan rawatan mata.
Sistem kenaikan matriks digantikan dengan sistem linear dengan tambahan lima kenaikan, dan
Mewujudkan skim sub-profesional bagi pemegang diploma.

Sumber dari Berita Harian Online

UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMUA...SENTIASA TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN.............
PASTI BERBALOI-BALOI HASILNYA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan